Monday, February 14, 2011

Mudah , Murah , Cepat

Assalamualaikum dan salam sejahtera, untuk mendapatkan lesen memandu sila hubungi 012-7485057 ( cikgu Fazli ).
Kami akan menyediakan perkhidmatan yang cepat ( antara 2 hingga 3 bulan), mudah ( cikgu yang berpengalaman dan kenderaan belajar yang baik) dan murah (harga yang berpatutan). Kami juga menyediakan perkhidmatan penghantaran pergi dan balik secara percuma (bergantung kepada kawasan). Institut memandu kami, Institut Memandu Komuniti Dinamik terletak di Parit Raja Batu Pahat dan mempunyai kemudahan yang baik untuk mendapatkan lesen memandu. 
SYARAT-SYARAT MENDAPATKAN LESEN MEMANDU
1. UMUR - 16 tahun untuk Lesen memandu Motosikal (B2), 17 tahun untuk Lesen Memandu Kereta (D) dan 21 tahun untuk Lesen memandu Kenderaan berat ( E,F,G,H,I)
2. PENYATA PEMERIKSAAN PERUBATAN - untuk OKU atau  mereka yang ingin mendapatkan Lesen memandu Kenderaan Berat
3. PAKAIAN - perlu berpakaian kemas dan sopan setiap kali belajar memandu . Bagi lelaki, sekurang-kurangnya baju berkolar, seluar panjang dan berkasut. Bagi perempuan, perlu memakai pakaian yang sopan, tidak mencolok mata dan berkasut.
Langkah-langkah mendapatkan Lesen Memandu
1.Pendaftaran - Anda boleh mendaftar di pusat - pusat pendaftaran kami atau menghubungi cikgu fazli di talian 012-7485057 untuk mendaftar di tempat anda.
2.Kursus KPP - anda perlu menghadiri Kursus Kokurikolum Pendidikan Pemandu selama 5 jam yang diadakan setiap sabtu dan ahad sahaja.
3. Ujian berkomputer kod lalulintas (Highway Kod) - anda perlu lulus Ujian ini dengan markah lulus minima 42/50 .
4. Modul 6 jam - Anda perlu menghadiri kelas Teori 3 jam dan melakukan amali memandu selama 3 jam untuk setiap kelas Lesen memandu yang anda ambil. Selepas anda melakukan Modul 6 jam, Lesen L akan di keluarkan oleh pihak JPJ
5. Latihan Memandu - Selepas mendapat lesen L anda boleh meneruskan latihan memandu bersama cikgu memandu anda didalam litar institut memandu dan diatas jalan raya selama 9 jam
6. Penilaian Pra Ujian -  selepas tamat latihan, anda perlu mengikuti Penilaian Pra ujian yang dilakukan oleh pihak institut memandu untuk menentukan anda layak atau tidak untuk diuju oleh pihak JPJ.
7. Ujian Memandu - Anda perlu mengikuti ujian memandu yang akan dijalankan oleh Pihak JPJ untuk  setiap kelas Lesen Memandu yang anda ambil.
8. Lesen Memandu - Setelah anda lulus ujian memandu, anda akan mendapat Lesen Memandu Percubaan ( P ). Lesen P ini anda akan gunakan selama 2 tahun.
9. Lesen CDL - Selepas tamat tempoh 2 tahun dan anda memandu dengan baik tanpa melakukan kesalahan lalulintas, anda akan mendapat lesen memandu yang sebenar, Lesen Memandu Kompetan.
Memandangkan Lesen Memandu adalah suatu keperluan untuk kehidupan masa kini, jangan tunggu lagi, hanya 9 langkah untuk unda mendapatkannya. Mulakan langkah untuk kehidupan yang baik dan selamat.

3 comments: